Dulu sentiasa kelihatan dia termenung dimuka pintu, matanya masih merah dan air mata masih tergenang di dalam kelopak matanya. Mulutnya tertutup rapat sedang matanya memandang terus kearah jalan. Fikirannya berkhayal teringat satu persatu episod sedih yang menimpa dirinya yang sudah berusia 70an. Dari kecil hiduonya penuh derita dan susah, kalau ketawapun ketawa dalam keadaan susah dan payah itu, bukan ketawa atas dasar sudah senang.
Dipaksa untuk meninggalkan alam persekolahan hingga dia tidak tau membaca dan menulis atas alasan menjaga adik adik. Dia sediakan makan minum dan pakai adik adiknya dan memasak untuk seisi keluarganya. Kemudian dipaksa kawin kerana takut dikatakan 'anak dara tua". Kemudian diceraikan kerana dikatakan tidak dapat melahirkan anak. Menjanda dan terus di umpat sebagai perempuan mandul dan tidak lekang ditelinganya, leteran ibu dan kata nista orang kampung.
Dengan suaminya yang ke dua dia dikurniakan 14 orang anak dan 5 darinya kembali menghadap tuhan terlebih awal..tinggal 9. Sekali lagi dia bertungkuslumus membesarkan anak anak dan menghantar anaknya ke sekolah. Segala hartanya dijual demi memasukkan anak ke universiti. Asalkan anaknya berjaya...itu kepuasan dalam hidupnya...Dia hanya makan selepas semua anak anaknya makan. Sangat sayang pada anaknya dan sanggup korban apa saja untuk menyekolahkan anak anaknya.
Kini dia terus menanti. Menanti kepulangan anak-anaknya melawat dan menziarahi dia...dulu dihadapan pintu rumah..kini penantiannya di kampung penantian....iaitu tanah perkuburan.
Dia adalah ..ibuku....arca kristalku....aruah ibuku...aku rindu dalam sunyi dan teringat setiap kali aku menerima gaji....mak, usop rindu kat mak....

7 comments:
abg usop tk rindu kat kita ke? ngeeeeeee...
sungguh menyayat hati... moga roh nya dicucuri rahmat...amin.
al fatihah untuk ibu usop.
Mama juga turut emphaty
mama. teja dan zai....terima kasih..aku luahkan perasaan bila aku rindu dalam blog..maaf kerana mengusik emosi pembaca..
assalamualaikum dik!
ibu dan ayah, anakmu amat merindui.terlerai sedikit rasa rindu tika bertemu dlm mimpi di kota suci Mekah.
bang aji....
Mcm tu le, bila dah tak ada baru nak terkenang2....
Moga2 arwah dilepaskan siksa kubur dan aapi neraka
Post a Comment