Diari Kembara Kelana

Sketsa Perjalanan

Friday, November 9, 2012

sejarah pada pendapatku

Sejarah bermakna ...satu cerita atau peristiwa yang bersambung-sambung... Sejarah boleh menukarkan fakta jika berlaku penemuan baru. Sejarah silam tidak boleh dipandang ringan kerana ianya boleh menerbitkan semangat siapsiaga sepanjang masa. Sejarah boleh membangkitkan perasaan sedih dan hiba dan airmata mengalir tanpa di sedari. Sejarah juga membolehkan kita membentuk batasan sempadan dan tauladan.

Semua orang mempunyai sejarah silam tersendiri. Aku suka mendengar kisah kisah sejarah dan matapelajaran sejarah amat aku minati sekali. Segalanya tercetus oleh cikgu A Ghani yang mengajar aku semasa tingkatan 1. Sejak itu aku selalu membaca buku yang berunsur sejarah. Malangnya aku tidak berpeluang mendalami sejarah semasa tingkatan 4,5 dan 6. Aku seorang pengingat kisah lama dan silam. Aku amat respect kepada sesiapa yang dapat menginangati seajrah silam dan aku sentiasa menjadi pendengar setia kepada aruah bapaku bila dia menceritakan kisah pahit maungnya semasa peperangan dan semasa menjadi buruh paksa.

Meski ada kawan kawan yang bersifat praktikal dan look forward selalu memberikan komen...jangan di ungkit-ungkitlah kisah lama tu, jangan di baca bacalah sejarah silam. tu...fikirkan apa yang patut dilakukan...itu lagi mustahak. Its ok, itu pendapat dia...tetapi menurut pendapat aku, membangkitkan kisah lama adalah mustahak dalam komunikasi interpersonal atau intra personal untuk mengukuhkan kefahaman, menaikan semangat dan jati diri. Dan 'dia' mesti belajar respect apa yang orang lain katakan...dan ingat!anugerah tuhan kepada sesaorang kerana tidak semua orang praktis pemikiran sepertinya. Malah aku percaya 'dia' yang pratikal tu pun akan menyebut sejarah juga dalam ucapan, leteran dan tegurannya kepada orang lain dari masa kesemasa.

Sejarah sesuatu tempat membantu pendatang baru untuk cepat menyesuaikan dirinya pada tempat itu. Sejarah kedatangan islam bermula di melaka bergoncang apabila penemuan batu bersurat di kuala trengganu. Sejarah konfrantasi dengan negara jiran membuktikan kita tidak boleh yakin sepenuhnya kepada sesiapa dalam mempertahankan diri kita, kita kena sentiasa berfikiran rasional, menguatkan tentera kita dari masa kesemasa.

Sejarah penolakan hajat cintakasih, ditinggalkan begitu saja tanpa penjelasan, kepercayaan kita dihancurkan oleh orang lain, menyebabkan kita menjadi serik dan berhati hati dimasa akan datang. Sejarah manisnya alam percintaan dengan pasangan kita menyebabkan kita sentiasa menyuburkan pokok pokok cinta selamanya. Sejarah dan kisah orang lain juga boleh mempengaruhi tingkahlaku kita jika kita inginkan begitu. Sejarah yang kita tidak mengenali hati dan perasaan orang hingga terlepas peluang keemasan, sejarah orang pulak tak mengenali hati kita dan perasaan kita hingga harapan kita seperti kaca terhempas kebatu. Sejarah bagaimana terputusnya tali persaudaraan, ikatan pertunangan, siraj percintaan, terpecahnya lakri perkawinan adalah rentetan sejarah yang sememangnya episod sedih yang amat kita ingati sampai bila bila.

Semuanya akan menjadikan kita membina limitasi sempadan dan taudalan. Kita sentiasa mencipta sejarah. Hari demi hari ada saja sejarahnya. Ciptalah sejarah indah agar namamu gagah.

Sepanjang hidupku. Sejarah pahitku lebih banyak dari sejarah manis. Jalan berliku sentiasa merentang dihadapanku. Onak diri sentiasa bertaburan di denai hariku. Ada saja halangan dan path untuk aku mencapai objektif, aims dan goals ku. Kepahitan dan kegagalan adalah asam garam hidupku. Kesukaran dan kepayahan sentiasa mengiringi hajat dan citaku

Namun aku tetap bersyukur kepada tuhan kerana memberikan aku kesabaran , kematangan. Aku sanggup menelan jadam demi menghadiahkan kebahgiaan kepada orang lain. Aku mampu memendam marah sedih hampa merana asalkan dikau bahgia, sebab aku tahu aku penuh dengan kekurangan.

Alhamdulillah.


14 comments:

teja said...

Salam pg KK, dulu2 ambik opsyen sejarah ke? hehe...

aku tk minat sejarah tetapi suka mengenang perkara silam yg banyak meninggalkan sejarah dalam hidup... ada manis ada pahit, tp rasa2nya banyak yg pahit

pahit mcmne pun kena telan jugak, dan melintasi detik bersejarah itew untuk terus mara ke hadapan...

maka, tinggallah detik itu untuk hanya dikenang2...

Kembara Kelana said...

terima kasih teja,
saya pelajari sejarah hanya ting 1-3 sahaja...lainnya belajar sendiri saja.sejarah menjadi firewall kepada kehidupan kita teja..dan kadang kala jadi avira...anti virus application pada kita

Anonymous said...

ada sejarah dan peristiwa yang ingin dilupakan tapi adakah ia nya semudah memadam tulisan pada sehelai kertas kalau ianya masih memberi kesan hingga ke saat ini......

Kembara Kelana said...

anonymus [ siapakah gerangan? ]
memanglah...kalau susah sangat sampai ganggu kehidupan kena balik ke pada agama...agama kita lengkap dan penuh dengan syifa` dan barakah. atau jumpalah pakar psikitrik, kaunselor berwibawa...tapi siaplah duitnya..atau teruskan hidup dengan mengawet kenangan pahit itu selamanya asalkan bahgia..nak buat camana...

chehassan said...

Sop, mu hebat mengarang. Aku serges mu tulis buku. Aku tabik penulisan mu. Perhubungan kita, kini sudah tercatat sebagai sebahagian sejarah. Tulislah, sejarah itu..

Kembara Kelana said...

terima kasih san...kau pun apa kurang, lagi hebat...aku cuma guru kecil ditempat terpencil

Anonymous said...

Apa yang mesti dilakukan apabila sejarah pahit itu melibatkan orang yang disayangi dan dicintai...... sakitnya membenci insan yang dikasihi... benci tapi rindu..!!!!

Kembara Kelana said...

sewajarnya saya tidak membalas komen anonymus sebab tidak tau siapa ke nama dna gerangannya...namun ihsan saya ingin mengatakan ya, memang benar sakit...pada benci tetapi rindu

AnakPerantau said...

aku peminat sejarah. awat hg tak tya aku. aku sentiasa dpt A dlm subjek sejarah. cg sej ting 6 aku sgt suspek dgn aku wp aku dikategorikan pelajar yg suka main2 mcm di upsi juga. tp kalau ada yg mengalami sej yg pahit aku tak ada penawarnya. setakat nak cuba tiup mungkin boleh kot.

chehassan said...

Aku sekadar faham maksud benci tapi rindu. Betul kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kembara Kelana said...

pirzan
kat bertuah dapat belajar sejarah..aku kadang kadang ada cita cita nak mabik masters sejarah di um bila aku balik temerloh tapi entahlah..
che hassan
betul hang cakap...dan aku faham apa yang tersirat dihati hang

fati said...

Yg telah berlalu semuanya menjadi sejarah... Yg manis seronok di kenang, yg pahit di jadikan pengajaran dlm meneruskan kehidupan...

Zanans said...

asal kapas jadi benang

seri said...

lama tak jengah blog