Diceritakan
dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut
:
Tatkala Allah Ta ' ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu
Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata
bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut.
Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada gunung ?"
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa
gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh
buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi)
Para malaikat bertanya lagi
"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada
besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi
walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya
"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung
menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya
akan padam jika disiram air)
Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi
dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin" (air
disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma
menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin
ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu
dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada
, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya
sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ".
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya
adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah
yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas
tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya
ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya
amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala)
sesuai dengan apa yang diniatkannya" .
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan
niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji,
dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi
sia-sia.
wallahuaklam
No comments:
Post a Comment